Malaysia

Buat tempahan kuih dan hilangkan diri, peniaga rugi lebih RM300,000

Polis Perak menerima tujuh laporan penipuan tempahan kuih dan makanan membabitkan kerugian melebihi RM300,000.

Ketua Polis Perak, Noor Hisam Noordin berkata, suspek membuat tempahan besar dengan pengusaha bakeri atau katering sebelum menambah pesanan item yang biasanya tidak disediakan.

Suspek kemudian memberi nombor pihak ketiga kononnya pembekal. Mangsa yang menghubungi nombor itu diminta membuat bayaran awal, namun selepas pembayaran dibuat, kedua-dua pihak gagal dihubungi.

Mangsa bukan sahaja rugi wang, malah menanggung kerugian kerana tempahan tidak diambil.

Polis menasihatkan pengusaha supaya lebih berhati-hati, termasuk mendapatkan deposit dan membuat pengesahan sebelum menerima tempahan berskala besar.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker