Malaysia

DAP Melaka akan umum keluar kerajaan, bantah ADUN lantikan

DAP Melaka dijadual mengumumkan keluar daripada kerajaan negeri hari ini, 14 Julai, sebagai bantahan terhadap cadangan pindaan Perlembagaan Melaka bagi membolehkan pelantikan sehingga tujuh ADUN lantikan.

Justeru itu, pengumuman dijangka dibuat di Dewan Undangan Negeri Melaka.

Parti itu turut akan melepaskan semua jawatan dalam pentadbiran negeri, termasuk Exco Allex Seah, Timbalan Exco Low Chee Leong dan Leng Chau Yen, serta Timbalan Speaker Kerk Chee Yee.

Keputusan itu dilaporkan mendapat sokongan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selepas taklimat oleh Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong pada 13 Julai.

Sebelum ini, pada 11 Julai, Allex Seah menegaskan beliau akan meletakkan jawatan jika pindaan itu diluluskan pada sidang DUN Melaka 14 Julai, selain mengulangi pendirian DAP yang menolak pelaksanaan ADUN lantikan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker