Malaysia

Harga RON95 Malaysia kini lebih rendah daripada Arab Saudi, Qatar — Anwar

Harga petrol RON95 di Malaysia kekal RM1.99 seliter, kini lebih rendah berbanding Arab Saudi dan Qatar susulan perubahan landskap ekonomi global. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, harga petrol di Arab Saudi kini melebihi RM2.40 seliter, manakala UAE turut menaikkan harga minyak sejak dua bulan lalu.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini. Beliau berkata, janji agar harga petrol Malaysia lebih rendah daripada Arab Saudi kini telah ditunaikan.

Beliau turut memaklumkan kerajaan kini menyediakan bantuan lebih besar berbanding pentadbiran terdahulu menerusi STR, SARA, subsidi RON95 dan Program BUDI Diesel, selain menegaskan kerajaan sentiasa terbuka menerima cadangan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker