Malaysia

Insiden pesawat pejuang TUDM: Juruterbang, pembantu selamat

Sebuah pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbabit dalam kemalangan di landasan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan, pada Khamis malam.

Kejadian berlaku sekitar jam 9.05 malam ketika pesawat berkenaan sedang bersedia untuk berlepas.

Kedua-dua juruterbang dan pembantu juruterbang terselamat dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk pemeriksaan lanjut.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, manakala TUDM memaklumkan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca insiden tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker