Malaysia

Suami tikam isteri 13 kali, cemburu dipercayai punca

Seorang wanita berusia 39 tahun maut selepas dipercayai ditikam suaminya sebanyak 13 kali dalam kejadian di rumah mereka di Taman Tiram, Kulim, Kedah, malam 14 September.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring berkata, mangsa yang dikenal pasti sebagai S. Sila mengalami tujuh tikaman di dada, lima di abdomen dan satu di bahagian rusuk kanan. Mangsa dibawa ahli keluarga ke Hospital Kulim sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 9.30 malam.

Menurut Syamsul, suspek berusia 43 tahun dan tidak bekerja dipercayai menyerang mangsa selepas berlaku pertengkaran berkaitan cemburu serta masalah rumah tangga.

Suspek kemudian mandi, mengambil anak mereka berusia tiga tahun daripada pengasuh sebelum menyerahkannya kepada kakaknya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru, Pulau Pinang.

Suspek kemudian ke Balai Polis Lunas kira-kira jam 8.40 malam dan mengaku telah menikam isterinya sebelum ditahan polis pada jam 9 malam.

Sebilah pisau lipat sepanjang kira-kira 20 sentimeter turut diserahkan kepada polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker