Malaysia

Trump sedikit terkejut Anwar pernah jumpa pemimpin Hamas

Presiden AS Donald Trump dilaporkan sedikit terkejut apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau pernah mengadakan pertemuan dengan pemimpin Hamas semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Perbualan itu berlaku sewaktu Anwar berbual dari hati ke hati dengan Trump mengenai konflik di Gaza ketika dalam perjalanan dari KLIA ke pusat bandar menaiki limosin presiden AS yang dikenali sebagai The Beast.

Anwar mendedahkan, beliau kekal dengan berpendirian konsisten di mana gencatan senjata sahaja tidak mencukupi untuk menyelesaikan krisis Gaza.

Anwar berkata peluang untuk menyampaikan pendirian tegas Malaysia mengenai situasi di Gaza secara terus kepada Trump merupakan satu kelegaan besar baginya.

Ia apabila beliau menekankan keperluan mencari penyelesaian damai yang menyeluruh.

Tambahnya lagi, Trump kemudian memaklumkan kepadanya dan mengulangi dalam mesyuarat ASEAN bahawa beliau akan memastikan pelan damai serta gencatan senjata itu berjaya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker