Malaysia

Guna Mykad ahli keluarga isi RON95 adalah haram, boleh didenda RM20,000 – JPN

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan bahawa menggunakan MyKad orang lain, walaupun milik ahli keluarga, untuk beli petrol subsidi adalah haram dan boleh didakwa.

MyKad hanya boleh digunakan oleh pemilik sendiri. Pinjam kad mak, ayah, adik atau sesiapa pun tetap salah dan melanggar undang‑undang di bawah Peraturan 25, Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda sehingga RM20,000, penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Kerajaan buat peraturan ini supaya subsidi petrol sampai kepada yang layak dan elak penyalahgunaan. MyKad adalah alat pengesahan identiti, bukan boleh dipinjam sesuka hati.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker