Malaysia

Nurul Izzah kecam acara konvoi PN, “pembaziran berliter-liter minyak”

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar, mengecam penganjuran konvoi motosikal oleh Perikatan Nasional yang disifatkan sebagai tidak sensitif ketika dunia berdepan krisis tenaga.

Konvoi melibatkan ribuan peserta itu diadakan sempena Himpunan Dunia Melayu 2026 di Terengganu, dipimpin Pengerusi PN, Ahmad Samsuri Mokhtar, bersama beberapa menteri besar dari negeri pembangkang.

Menurut Izzah, acara berkenaan mencerminkan keutamaan yang tersasar apabila menggalakkan penggunaan bahan api secara berlebihan.

Dengan anggaran ratusan hingga ribuan liter petrol digunakan sepanjang konvoi, tidak termasuk perjalanan peserta dari luar negeri.

Beliau menegaskan tindakan itu bercanggah dengan usaha global yang kini memberi fokus kepada penjimatan tenaga dan pengurusan kos.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker