Hiburan
Harry Styles dan Zoë Kravitz dilapor bertunang

Bintang popular Harry Styles dan Zoë Kravitz dilaporkan telah bertunang. Sumber itu menyatakan pasangan berkenaan sudah berkongsi berita pertunangan mereka dengan “lingkaran kecil” sahaja.
Kedua-dua selebriti itu mula dilihat bersama sejak musim panas tahun lalu, termasuk beberapa pertemuan di Rome dan London. Harry Styles, 32 tahun, banyak menghabiskan masa antara dua bandar itu selepas menamatkan siri jelajah besar beliau, Love on Tour, pada tahun 2023.
Setakat ini, Pihak mereka masih belum mengesahkan atau menafikan berita yang tular itu kepada media.



