Dunia

13 maut, dua juta terjejas akibat banjir di Selatan Thailand

Banjir besar yang melanda sembilan wilayah di selatan Thailand setakat ini meragut 13 nyawa, dengan hampir dua juta penduduk terjejas sejak hujung minggu lalu.

Hujan lebat berterusan menyebabkan paras air naik mendadak di wilayah seperti Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Trang, Phatthalung, Satun, Songkhla, Pattani, Yala dan Narathiwat.

Pihak berkuasa mengarahkan pemindahan di kawasan rendah selepas banyak penempatan mula ditenggelami banjir, manakala operasi menyelamat dipertingkatkan susulan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Di Hat Yai, pemindahan penuh diarahkan apabila paras air kembali meningkat, memaksa pasukan tentera dan penyelamat dikerah masuk ke kawasan kritikal.

Kerajaan Thailand turut menubuhkan pusat arahan hadapan di Songkhla bagi menyelaras tindak balas segera, manakala semua agensi diarahkan menyediakan anggota dan kelengkapan kecemasan untuk membantu ribuan keluarga yang masih memerlukan perlindungan dan bekalan asas.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker