Malaysia

Keluarga mangsa jatuh di Masjid India mohon kerajaan keluar sijil kematian, bagi tuntut RM30,000

Keluarga wanita warga India yang terjatuh dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India pada 23 Ogos 2024 memohon kerajaan mengeluarkan sijil kematian bagi membolehkan tuntutan pampasan dibuat.

Peguam Muhamad Saifullah Muhamad Azmi berkata mangsa, G. Vijaya Lakshmi, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, masih berstatus orang hilang, menyebabkan sijil kematian tidak dapat dikeluarkan.

Permohonan rasmi telah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Pendaftaran Negara pada 24 Februari lalu.

Seorang lagi peguam, M. Partiben, berkata anak tunggal mangsa, M. Surya, 27, berdepan tekanan kewangan termasuk hutang bank RM8,546.51 dan pinjaman tidak berlesen sekitar RM40,000 hingga RM45,000 yang memerlukan pengesahan kematian untuk diselesaikan.

Waris sebelum ini menerima sumbangan RM30,000 namun belum boleh menuntut pampasan selagi tiada sijil kematian.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker