Malaysia

14 rumah, 4 kedai musnah dalam kebakaran di Pantai Dalam

Sebanyak 14 rumah dan empat premis kedai musnah dalam kebakaran besar di Jalan Pantai Dalam, Kuala Lumpur, lewat malam Khamis.

Kebakaran yang berlaku di kawasan rumah setinggan itu memusnahkan hampir keseluruhan struktur kediaman dan beberapa premis perniagaan.

Antara yang terjejas termasuk sebuah Mydin Mart yang mengalami kerosakan di tingkat bawah dan Pasar Raya Karnival yang musnah sepenuhnya di bahagian atas.Beberapa kedai lain turut rosak teruk dengan kemusnahan dianggarkan hampir 90 peratus.

Seramai 36 anggota bomba dari empat balai dikerahkan ke lokasi dan kebakaran berjaya dikawal sekitar jam 1.49 pagi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker