Malaysia

MCMC panggil Muhyiddin beri keterangan berkait isu subsidi RON95

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi, bukan sebagai subjek siasatan.

Ia berhubung kandungan sebuah akaun TikTok yang mengaitkannya dengan isu subsidi bersasar RON95.

MCMC menjelaskan bahawa siasatan hanya bertujuan mengesahkan konteks kandungan yang disiarkan, tanpa sebarang pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi Parlimen membangkitkan kenyataan Muhyiddin yang didakwa mempersoalkan tindakan kerajaan dalam penyasaran subsidi melibatkan warga asing.

MCMC turut memaklumkan individu lain mungkin akan dipanggil jika diperlukan, dan menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi bagi menjaga integriti siasatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker