Malaysia

400 pengunjung terperangkap kepala air di Kuala Kubu Bharu

Sekitar 400 pengunjung di tapak perkhemahan Kerling, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor berdepan detik cemas selepas kawasan itu dilanda kepala air kira-kira jam 5 pagi.

Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 5.47 pagi sebelum mengerahkan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba Kuala Kubu Bharu ke lokasi.

Semua mangsa diarahkan berpindah ke kawasan tinggi sebaik pasukan penyelamat tiba dan keadaan berjaya dikawal.

Air yang melimpah kemudian surut dengan cepat berikutan hujan semakin reda.
Tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian itu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker