Malaysia
470 laluan tikus dikenal pasti di sempadan negara

Sebanyak 470 laluan haram dikenal pasti di sepanjang sempadan Malaysia sehingga September tahun ini.
Bagi menangani isu penyeludupan dan pencerobohan, kerajaan melaksanakan kawalan keselamatan berterusan melibatkan Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.
Antara langkah yang diambil termasuk kawalan statik di pos sempadan, pemantauan di ICQS, rondaan darat dan sungai, operasi bersepadu dengan agensi lain serta pemantauan di kawasan panas yang sering digunakan untuk aktiviti rentas sempadan secara haram.
Agensi Kawalan Pintu Sempadan (AKPS) pula bertanggungjawab mengurus dan mengawal pintu masuk antarabangsa bagi memastikan keselamatan sempadan negara terus terjamin.




