Malaysia
Soalan kontroversi: Rex Tan ditahan polis di bawah Akta Hasutan

Bekas wartawan Free Malaysia Today (FMT), Rex Tan, ditahan polis awal pagi tadi susulan soalan kontroversi yang dikemukakannya dalam sebuah wacana awam berkaitan Gaza, Isnin lalu.
Rex, 31, yang meletakkan jawatan semalam, ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, dengan siasatan dijalankan oleh Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Wacana berkenaan menampilkan ahli politik Britain, George Galloway, dan mencetuskan kecaman meluas di media sosial.
Susulan itu, Rex tampil memohon maaf secara terbuka, mengakui soalan yang dikemukakan tidak sesuai serta tidak mengambil kira sensitiviti isu, selain mengakui kegagalan mematuhi tahap profesionalisme sebagai wartawan.




