Malaysia

700 kereta terpakai musnah dalam kebakaran stor kenderaan di Tuaran

Tuaran – Kira-kira 700 kenderaan terpakai musnah selepas sebuah kawasan stor penyimpanan seluas 0.8 hektar di Jalan Dungun Marabahai Tambalang 2 terbakar petang semalam.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, kebakaran dipercayai berpunca daripada api hutan berhampiran yang merebak ke premis milik sebuah syarikat tempatan.

Pusat operasi menerima panggilan kecemasan pada 1.10 petang, dan jentera pertama tiba di lokasi lapan minit kemudian.

Seramai 25 anggota bomba, dibantu pasukan dari Lintas dan Kota Kinabalu serta enam anggota polis, dikerahkan ke lokasi.

Sebanyak 30 kenderaan berjaya diselamatkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker