8.8% pekerja terima gaji bawah RM1,700 sebulan

Walaupun median gaji bulanan pekerja formal meningkat kepada RM2,864 pada September 2025, masih terdapat 8.8 peratus pekerja menerima upah bawah RM1,700 sebulan.
Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan kumpulan 10 peratus pekerja terendah memperoleh RM1,700 atau kurang.
Manakala 10 peratus tertinggi menerima sekurang-kurangnya RM9,000, memperlihatkan jurang pendapatan yang besar apabila kumpulan teratas meraih sekitar lima kali ganda berbanding kumpulan terbawah.
Secara keseluruhan, 8.6 peratus pekerja formal memperoleh gaji RM10,000 ke atas.
Bilangan pekerja formal mencecah 7.06 juta orang dengan pertumbuhan guna tenaga 3.5 peratus pada suku ketiga 2025. Dari segi jantina, lelaki mencatat median gaji RM2,900 manakala wanita RM2,800.
Kuala Lumpur mencatat median gaji tertinggi RM4,064, sementara Kelantan dan Perlis antara yang terendah sekitar RM1,800.



