HiburanMalaysia

Bapa sudah meninggal dunia, Amir Raja Lawak masih tunggu bayaran stesen TV

Pelakon dan pelawak, Amir Raja Lawak terus menanggung kekecewaan apabila masih belum menerima bayaran berjumlah RM18,000 daripada sebuah stesen televisyen terkenal.

Memetik laporan Sinar Harian, Amir, atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 36, sebelum ini terdesak sehingga terpaksa menjual kereta Proton Juara miliknya untuk mendapatkan wang segera.

Bagaimanapun, hasratnya untuk menggunakan bayaran tertunggak itu demi rawatan bapanya tidak kesampaian apabila Azmi Deris, 67, meninggal dunia di Hospital Pakar USM Kubang Kerian, Kelantan, pada malam Isnin.

Menurut Amir, beliau pernah berharap bayaran itu dapat digunakan untuk membeli keperluan rawatan seperti katil khas buat arwah, namun sehingga ke akhir hayat bapanya, wang tersebut masih belum diterima.

Walaupun diuji dengan kesempitan, Amir tetap bersyukur kerana dibantu oleh pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri, Menteri Besar Kelantan serta kepimpinan tempatan yang tampil meringankan beban kewangan keluarga.

Jenazah Azmi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tok Kenali, Kubang Kerian, pada Selasa.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker