Malaysia

Malaysia sasar jadi hab teknologi sukan serantau

Malaysia menyasarkan untuk muncul sebagai hab serantau bagi teknologi dan inovasi sukan, sekali gus membuka peluang kerjaya baharu dalam industri bernilai berbilion dolar itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, nilai industri sukan global yang dijangka mencecah 600 bilion AS menjelang 2025 membuktikan sektor itu berpotensi menjadi enjin pertumbuhan baharu bagi Malaysia dan ASEAN.

Zahid turut menzahirkan keyakinan bahawa masa depan industri sukan akan diterajui inovasi, teknologi dan kolaborasi serantau melalui perkongsian kepakaran serta jaringan latihan lebih kukuh.

Zahid berkata demikian ketika merasmikan ASEAN Sports Industry Expo 2025 pada Jumaat, yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta pemain industri sukan utama.

Sementara itu, Hannah Yeoh memaklumkan ekspo berkenaan menyaksikan pemeteraian empat memorandum pelaburan bernilai RM36.1 bilion.

Beliau turut menggesa pemain industri agar mengumpul data secara sistematik bagi membantu kerajaan membentuk dasar yang lebih tepat untuk memacu pertumbuhan sektor tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker