Malaysia
Lelaki buat kecoh di kuil ketika mabuk ditahan polis
Seorang lelaki berusia 35 tahun ditahan selepas dipercayai membuat kekecohan dan melakukan khianat di sebuah kuil di Jalan Merdeka, Ampang.
Kejadian berlaku sekitar jam 9 pagi apabila anggota Rela yang bertugas menemui lelaki itu dalam keadaan mabuk dan mengganggu ketenteraman di kawasan rumah ibadat.
Lelaki tersebut kemudian menolak tempat pembakaran colok hingga menyebabkan kerosakan sebelum ditahan dan diserahkan kepada polis.
Semakan mendapati suspek memiliki lapan rekod lampau berkaitan dadah, manakala ujian air kencing mengesahkan dia positif methamphetamine dan amphetamine.
Suspek direman bagi siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.




