Malaysia

Tourism Malaysia kerjasama dengan YTL Hotels promosikan TMM 2026

Tourism Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama YTL Hotels bagi menjalin kerjasama strategik mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama di Asia Tenggara.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Manoharan Periasamy, berkata kerjasama dengan YTL adalah sebahagian strategi memperkukuh hubungan dengan jenama tempatan bagi memastikan kejayaan kempen Tahun Melawat Malaysia.

Katanya, usaha ini bakal memperkukuh kedudukan Malaysia dalam sektor pelancongan global dan menyokong sasaran menarik 47 juta pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Gabungan rangkaian pemasaran pelancongan Tourism Malaysia dan kepakaran hospitaliti YTL dijangka membantu merancakkan semula sektor pelancongan negara, terutama di pasaran antarabangsa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker