Dunia

Feri bawa 165 penumpang dari Batam bertembung dengan kapal tangki di Singapura

Sebuah feri dari Batam yang membawa 165 penumpang dan tujuh kru bertembung dengan kapal tangki kimia di perairan Singapura pada Isnin.

Semua penumpang dan kru kedua-dua kapal berjaya dipindahkan dengan selamat ke Terminal HarbourFront, Singapura.

Menurut seorang penumpang, feri berkenaan sempat membelok ke kiri sebelum perlanggaran berlaku dan enjin turut dimatikan.

Berlaku kekecohan di atas feri namun kru menenangkan penumpang sebelum ia dikawal selamat ke terminal berkenaan.

Bahagian hadapan feri Horizon 9 dilaporkan mengalami kerosakan, manakala siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta menilai kemungkinan kesan terhadap alam sekitar.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker