Dunia
Gencatan senjata Lubnan bermula, Trump dakwa ‘deal’ dengan Tehran hampir tamat

Gencatan senjata antara Israel dan Lubnan kini mula berkuat kuasa yang mana ia turut disambut baik oleh beberapa negara lain.
Ia termasuk Iran, Qatar dan Jordan yang melihatnya sebagai langkah penting untuk meredakan ketegangan di Asia Barat.
Pada masa sama, kumpulan Hezbollah sebelum ini dilaporkan terus meningkatkan operasi ketenteraan menjelang pelaksanaan gencatan senjata, menunjukkan situasi masih rapuh.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, memaklumkan bahawa Washington kini “sangat hampir” mencapai perjanjian dengan Tehran.




