Dunia

Suami strok asyik merungut, isteri simbah air panas hingga maut

Seorang lelaki warga emas maut selepas disimbah air panas oleh isterinya sendiri dalam satu kejadian tragis di Kabupaten, Indonesia, yang dipercayai berpunca daripada rasa sakit hati.

Menurut pihak berkuasa, suspek wanita berusia 59 tahun itu bertindak demikian kerana tidak tahan mendengar rungutan suaminya yang mengalami strok dan sering mengadu tentang keadaannya.

Akibat kejadian itu, mangsa, Talip, 60, mengalami kecederaan melecur serius pada bahagian badan dan disahkan meninggal dunia, dipercayai akibat komplikasi kecederaan terbakar yang dialami selepas serangan tersebut.

Kes kini dalam siasatan pihak berkuasa, dengan motif utama dipercayai berkait tekanan emosi suspek yang menjaga suaminya yang uzur sehingga hilang kawalan dan bertindak di luar batas.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker