“Mengapa kita masih dengan Barisan Nasional?” – Vigneswaran

Majoriti perwakilan menegaskan jika MIC terus tidak dihormati dalam gabungan itu, parti wajar mempertimbangkan untuk keluar dan menyertai Perikatan Nasional (PN).
Presiden, Tan Sri SA Vigneswaran turut mengingatkan bahawa MIC perlu menilai kedudukannya bukan sekadar sebagai parti politik, tetapi sebagai pemegang amanah warisan masyarakat India.
“Kita harus bertanya bukan sebagai ahli politik tetapi sebagai insan yang memikul warisan ini di bawah kita soalan yang bernilai berjutaan Ringgit mengapa yang lain telah meninggalkan Barisan Nasional? Mengapa kita masih dengan Barisan Nasional?
“Dan dalam hati kita bolehkah kita benar-benar percaya bahawa Barisan Nasional hari ini masih mencerminkan Perikatan yang asal dan we must ask, are we back to our roots in form or in spirit?” ujarnya.
Timbalan Presiden, Datuk Seri M. Saravanan, menegaskan bahawa langkah menyertai PN akan hanya diputuskan selepas penelitian menyeluruh.
Namun majoriti perwakilan dari seluruh negeri, termasuk sayap Putra dan Putri, menyatakan sokongan agar MIC tidak lagi berada di bawah BN dan sebaliknya memilih PN bagi memastikan parti dihormati serta hak masyarakat India terus diperjuangkan.
Dalam masa sama, semua perwakilan memberi jaminan bahawa mereka akan menyokong penuh apa jua keputusan yang dibuat oleh kepimpinan nasional MIC dan Jawatankuasa Pusat mengenai hala tuju baharu parti.




