Malaysia

Pengawal keselamatan liwat kucing di Shah Alam ditahan polis

Seorang pengawal keselamatan ditahan polis selepas disyaki meliwat seekor kucing di sebuah pangsapuri di Kota Kemuning, Shah Alam.

Lelaki warga Nepal berusia 33 tahun itu ditangkap awal pagi Sabtu selepas penghuni pangsapuri melihatnya dalam keadaan bogel dan melakukan perbuatan tersebut di kawasan kediaman.

Ketika ditegur, suspek didakwa mencampakkan kucing berkenaan dari tingkat empat sebelum melarikan diri.

Rakaman kejadian oleh penghuni terbabit membantu polis menjejak suspek, yang ditahan kira-kira empat jam kemudian.

Siasatan awal mendapati lelaki itu berada di bawah pengaruh alkohol dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di pangsapuri sama.

Suspek kini direman sehingga 19 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan kerana persetubuhan luar tabii dengan haiwan serta Seksyen 428 kerana mendatangkan kecederaan kepada haiwan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker