Malaysia
Nasi goreng RM50, Milo ais RM25? Harga makanan di acara F1 Sepang undang rungutan

Kemeriahan acara Formula 1 (F1) di Litar Antarabangsa Sepang disusuli rungutan peminat mengenai harga makanan dan minuman yang didakwa terlalu mahal.
Antara harga yang tular di Threads ialah nasi goreng kunyit RM50 dan minuman mangga asam boi RM30. Milo ais, jus buah, nugget serta keropok lekor pula dikatakan berharga RM25 setiap satu.
Pengguna mendakwa sebuah keluarga dengan empat ahli boleh membelanjakan lebih RM100 untuk makanan dan minuman sahaja.




