Malaysia

UTM komited beri kerjasama kes Haris Shamsuddin diklasifikasi kes bunuh

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyatakan komitmen penuh untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) mengklasifikasikan semula kematian kadet Palapes, Allahyarham Syamsul Haris Shamsuddin, sebagai kes bunuh.

UTM menegaskan ia tidak akan melindungi mana-mana individu dan mahu siasatan dijalankan secara menyeluruh oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

AGC sebelum ini mengarahkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas menilai semula laporan siasatan PDRM.

Allahyarham Syamsul Haris, 22, meninggal dunia pada 28 Julai lalu di Hospital Kota Tinggi selepas menjalani latihan di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat, Ulu Tiram.

Bedah siasat kedua dilakukan pada 30 Ogos di Hospital Kuala Lumpur sebelum jenazah dikebumikan semula pada hari sama.

UTM turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan meminta orang ramai mengelakkan spekulasi bagi memastikan proses siasatan tidak terganggu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker