Malaysia

Polis tembak mati suspek dadah di Seremban

Seorang lelaki berusia 50 tahun yang dikehendaki kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah ditembak mati polis dalam kejadian di Garden Homes, Seremban, kira-kira jam 1.50 petang semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad mengesahkan kejadian itu dan berkata lelaki berkenaan mempunyai lapan rekod kes berkaitan dadah serta dikehendaki mengikut Akta Dadah Berbahaya 1961.

Penduduk mendakwa terdengar beberapa das tembakan sebelum beberapa kereta peronda polis tiba dan mengepung kawasan kejadian.

Maklumat lanjut mengenai kejadian itu dijangka diumumkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman hari ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker