Isteri trauma 38 helai seluar dalam suami digunting lelaki berkopiah

Seorang wanita berkongsi kisah di platform Threads tentang tekanan emosinya dan suami terganggu selepas 38 helai seluar dalam milik suaminya digunting oleh seorang lelaki berkopiah dalam kejadian yang berlaku berulang kali.
Menurut perkongsian wanita itu, kejadian pelik tersebut mula disedari apabila pakaian suaminya sering rosak tanpa sebab, termasuk seluar kerja, sebelum mereka memutuskan untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah.s
Hasil rakaman CCTV itu didakwa merakam seorang lelaki memakai jubah dan berkopiah memasuki rumah mereka secara senyap, dipercayai menggunakan kunci yang hilang sejak mereka menunaikan umrah pada tahun 2023.
Dalam perkongsian itu lagi, lelaki tersebut didakwa mempunyai akses kepada kunci tersebut dan dipercayai telah beberapa kali keluar masuk ke dalam rumah tanpa disedari.
Identiti lelaki terbabit masih belum dikenal pasti secara rasmi dan tiada pengesahan lanjut.




