Malaysia

Lebih 50 laporan polis dibuat terhadap Fahmi Reza kerana hina institusi Diraja Johor

Tindakan aktivis Fahmi Reza semakin dibantah di Johor apabila lebih 50 laporan polis dibuat di seluruh negeri berhubung dakwaan penghinaan terhadap institusi Diraja Johor, termasuk melibatkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Laporan polis itu dibuat secara berperingkat di pelbagai daerah sebagai tanda penolakan keras terhadap sebarang tindakan yang dilihat mencemar maruah institusi diraja.

Antara yang terlibat ialah beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan belia peringkat negeri serta daerah, termasuk Majlis Belia Negeri Johor, majlis belia daerah, pertubuhan belia OKU serta gabungan belia setempat.

Pergerakan Pemuda UMNO di beberapa bahagian negeri turut mengambil tindakan sama, selain lebih 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor dari pelbagai kawasan yang tampil membuat laporan polis.

Tindakan tegas itu mencerminkan kebimbangan bahawa isu berkenaan boleh mencetuskan ketegangan dan menyentuh perkara sensitif melibatkan kaum, agama dan institusi diraja (3R).

Pihak berkuasa turut digesa mengambil tindakan segera bagi menghalang kandungan berkenaan terus tersebar dan menjejaskan keharmonian masyarakat.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker