Pemikiran golongan milenial lebih baik dari Gen Z – Kajian

Kajian pakar mendapati Gen Z dilihat sebagai generasi pertama yang menunjukkan tahap kognitif lebih rendah berbanding generasi sebelumnya, sekali gus meletakkan milenial sebagai kumpulan terakhir yang mencatat prestasi pemikiran lebih tinggi.
Data menunjukkan kemahiran tumpuan, Dr Jared Cooney Horvath, ingatan, pembacaan, matematik, penyelesaian masalah dan skor IQ golongan muda ini menurun berbanding generasi terdahulu.
Menurut ahli neurosains pendidikan, kemerosotan ini dikaitkan dengan kebergantungan meluas terhadap teknologi dalam pembelajaran seperti video pendek, ringkasan digital dan penggunaan AI, yang menggantikan pembacaan mendalam serta pemahaman konsep kompleks.
Walaupun Gen Z menghabiskan lebih banyak masa di sekolah, perkembangan kognitif mereka didapati mula menurun sekitar 2010 seiring peningkatan penggunaan teknologi dalam bilik darjah.
Pakar berpendapat otak manusia secara semula jadi belajar lebih berkesan melalui interaksi bersemuka, perbincangan, dan pembacaan bahan panjang, bukannya melalui skrin secara berterusan.




