Dunia

Penyakit misteri seakan virus Nipah dikesan di Bangladesh, dikaitkan bawaan kelawar

Satu penyakit misteri di Bangladesh yang pada awalnya disangka wabak Nipah rupa-rupanya dikaitkan dengan virus baharu bawaan kelawar, menurut dapatan kajian terbaharu.

Memetik laporan The Independent, lima pesakit dimasukkan ke hospital antara Disember 2022 hingga Mac 2023 dengan gejala seperti demam, muntah, sakit kepala, keletihan, air liur berlebihan dan gangguan saraf.

Mereka didapati negatif Nipah, namun semuanya pernah minum air nira kurma mentah yang turut menjadi sumber makanan kelawar.

Walaupun pesakit dibenarkan pulang, sebahagian mengalami kesan neurologi berpanjangan dan seorang dilaporkan meninggal dunia pada 2024 akibat komplikasi kesihatan.

Penemuan ini mencetuskan kebimbangan mengenai kemunculan virus baharu yang berpotensi berbahaya.

Virus Nipah diketahui berpunca daripada kelawar buah dan boleh menyebabkan radang otak dengan kadar kematian tinggi antara 40 hingga 75 peratus.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker