Malaysia

Wanita dipenjara kerana bersuami dua

Seorang wanita warga Vietnam dipenjara dua minggu selepas didapati bersalah melakukan bigami dengan berkahwin dua secara serentak, selain menipu pihak imigresen di republik itu.

Wanita berusia 36 tahun itu berkahwin dengan lelaki warga Singapura pada 2008, sebelum menjalinkan hubungan dan mendaftarkan perkahwinan kedua di Vietnam pada 2015 ketika masih berstatus isteri sah di Singapura.

Perkahwinan pertama hanya dibubarkan pada 2017, manakala perkahwinan kedua berakhir setahun kemudian.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua minggu, lebih ringan berbanding hukuman maksimum sehingga tujuh tahun penjara dan denda yang diperuntukkan bagi kesalahan bigami di bawah undang-undang republik itu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker