Malaysia

Tertekan Iran enggan runding, AS teruskan serangan dengan ribuan maut setakat ini

Sekurang-kurangnya lapan maut manakala 95 lagi cedera dalam serangan udara yang memusnahkan sebahagian jambatan utama menghubungkan Tehran ke Karaj.

Mangsa terdiri daripada orang awam termasuk pengunjung yang pulang dari sambutan Sizdah Bedar, selain beberapa pekerja projek.

Jambatan dikenali sebagai B1 itu dilaporkan runtuh selepas dibom, walaupun belum dibuka dan tidak mempunyai kepentingan ketenteraan.

Kerajaan Iran menyifatkan serangan itu sebagai tindakan tidak bermoral dan menegaskan ia tidak akan melemahkan negara tersebut.

Konflik antara AS, Israel dan Iran kini memasuki minggu kelima dengan ribuan korban dilaporkan di pihak Iran, manakala AS mengesahkan kehilangan anggota tenteranya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker