Malaysia

Kanak-kanak 9 tahun dikurung dalam sangkar, dijaga warga emas uzur di PD

Seorang kanak-kanak lelaki warga asing berusia sembilan tahun diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat selepas ditemui dikurung dalam sangkar di sebuah rumah di Port Dickson.

Mangsa yang juga warga Vietnam ditemui dalam keadaan kotor dan berbau, sebelum dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson dan dibenarkan pulang pada hari sama.

Susulan itu, kanak-kanak berkenaan kini ditempatkan di pusat penjagaan dengan persetujuan keluarga.

Siasatan mendapati mangsa dijaga datuknya yang uzur, manakala bapanya menghidap demensia dan tidak mampu menyara keluarga.

Lebih menyedihkan, kanak-kanak itu turut tercicir daripada sistem pendidikan akibat kegagalan waris menguruskan pendaftaran sekolah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker