Malaysia
Lintah gigit bahagian kemaluan, kanak-kanak alami pendarahan dirawat di hospital

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dikejarkan ke hospital selepas mengalami pendarahan di bahagian kemaluan, dipercayai akibat gigitan lintah ketika bermain di kawasan sawah di Sungai Rambai, Ahad lalu.
Mangsa yang menyertai sebuah program di kawasan berkenaan dibawa ibunya ke Hospital Jasin selepas mengadu kesakitan.
Pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan luaran pada kemaluan mangsa, sebelum dia dirujuk ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut.
Doktor tidak menolak kemungkinan pendarahan berpunca daripada gigitan lintah dan mengesahkan tiada unsur trauma atau jenayah seksual. Laporan polis dibuat bagi tujuan prosedur perubatan.



