Malaysia
Pelakon 80-an, Isma Aliff meninggal dunia pagi tadi

Pelakon dan penyanyi era 1980-an, Isma Aliff atau Muhammad Latiff Ismail, meninggal dunia pada pagi Rabu di kediamannya di Kampung Melayu Ampang, Selangor, kira-kira jam 8.30 pagi.
Menurut ahli keluarga, Allahyarham telah lama mengalami masalah kesihatan dan keadaannya dilaporkan merosot sejak seminggu lalu.
Sebelum ini, beliau pernah dirawat di Hospital Ampang akibat jangkitan pada jantung dan paru-paru pada Disember 2023.
Isma Aliff, 62, dikenali sebagai antara figura popular industri hiburan era 1980-an, aktif dalam drama, filem, komedi serta pengacaraan dan sering digandingkan bersama pelakon komedi terkenal pada zaman kegemilangannya.




