Malaysia
Hutang kad kredit rakyat lebih RM50 bilion

Jumlah hutang kad kredit rakyat Malaysia terus meningkat, mencecah RM50.7 bilion setakat September, termasuk RM551.8 juta tertunggak.
Peningkatan pembelian dalam talian dan penggunaan skim Buy Now Pay Later (BNPL) antara punca utama.
Hutang BNPL kini RM4.2 bilion dengan 7 juta akaun aktif, termasuk RM147.7 juta tidak berbayar melibatkan 185,465 pemegang akaun.
Akta Kredit Pengguna 2025 dijangka berkuat kuasa hujung tahun ini untuk memastikan syarikat BNPL menilai kemampuan pengguna sebelum menawarkan pembiayaan, bagi mengelak rumah tangga terjerat hutang berlebihan dan menjejaskan kestabilan kewangan negara.




