Malaysia

Ashwad Ismail ganti Suhaimi Sulaiman, terajui RTM 

Bekas Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail dilantik sebagai Ketua Pengarah Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM), menggantikan Datuk Suhaimi Sulaiman bermula hari ini.

Menteri Komunikasi Datuk, Fahmi Fadzil, mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada Ashwad atas pelantikan tersebut, selain kepada Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran yang baharu, Dr Sharifah Adlina Syed Abdullah.

Beliau berharap kepimpinan baharu itu dapat terus memperkukuh industri penyiaran, memacu inovasi dan memastikan penyampaian maklumat yang sahih serta berintegriti demi kesejahteraan rakyat.

Ashwad mengumumkan peletakan jawatan selepas lima tahun menerajui Astro AWANI dan sepanjang tempoh kepimpinannya, Ashwad memacu transformasi digital dan memperkukuh kedudukan organisasi itu sebagai antara jenama berita utama negara.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker