Malaysia

Lebih 57,000 murid ada talasemia, kos rawatan boleh cecah RM3 juta – KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan seramai 57,910 daripada 2.12 juta murid yang menjalani saringan di seluruh negara dikenal pasti sebagai pembawa talasemia, dengan kadar prevalens 59.1 bagi setiap 1,000 murid disaring.

Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, memaklumkan prevalens tertinggi direkodkan dalam kalangan masyarakat Melayu, diikuti Kadazan-Dusun dan Cina.

Negeri mencatat kadar tertinggi ialah Kedah, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Sehingga kini, 9,554 pesakit talasemia direkodkan berdasarkan Laporan Tahunan Daftar Talasemia Malaysia 2023 melibatkan 102 hospital KKM dan dua hospital universiti.

Kos rawatan sepanjang hayat bagi pesakit yang bergantung kepada pemindahan darah dianggarkan mencecah hampir RM3 juta seorang.

KKM menegaskan saringan awal dan peningkatan kesedaran awam penting bagi mengurangkan kelahiran pesakit talasemia major serta mengekang beban kewangan jangka panjang kepada sistem kesihatan negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker