Malaysia

HRD Corp lulus bantuan RM2.62 bilion bagi pembangunan kemahiran tahun lepas 

Human Resource Development Corporation (HRD Corp) meluluskan bantuan kewangan berjumlah RM2.62 bilion bagi latihan dan pembangunan kemahiran sepanjang 2025, meningkat 32 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Peruntukan itu memberi manfaat kepada pembangunan tenaga kerja negara menerusi kelulusan lebih 2.8 juta tempat latihan di pelbagai sektor utama.

Sektor pembuatan merekodkan jumlah tempat latihan tertinggi dengan lebih 795,000 penyertaan, sejajar peranannya sebagai antara penyumbang utama kepada KDNK negara.

Sektor ekonomi digital dan teknologi maklumat turut menerima sokongan ketara, termasuk RM130 juta di bawah inisiatif IR4.0 yang melibatkan lebih 103,000 tempat latihan.

HRD Corp turut menekankan akses latihan inklusif melalui pelbagai inisiatif komuniti, merangkumi pembangunan kemahiran belia, komuniti minoriti, OKU serta sektor logistik dan TVET, yang memberi manfaat kepada puluhan ribu peserta di seluruh negara.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker