Malaysia

Doktor didakwa akibatkan wanita rahim bocor, usus pecah ketika pasang IUCD disiasat

Jabatan Kesihatan Johor menyiasat dakwaan kecuaian perubatan membabitkan seorang doktor di Klinik Kesihatan Pekan Nanas yang didakwa menyebabkan rahim seorang wanita bocor serta usus dan apendiks pecah semasa prosedur pemasangan alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD).

Siasatan dimulakan oleh Pejabat Kesihatan Pontian selepas aduan diterima melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) pada 23 Disember.

Pesakit menjalani prosedur berkenaan pada 19 Disember sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah akibat komplikasi serius.

Jabatan Kesihatan Johor memaklumkan sebuah jawatankuasa siasatan telah ditubuhkan dan tindakan akan diambil berdasarkan hasil siasatan.

Difahamkan, pesakit turut membuat laporan polis terhadap doktor berkenaan atas dakwaan kecuaian perubatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker