Dunia

Thailand diubah kepada ‘Tailan’, Indonesia tukar ejaan rasmi 10 buah negara

Ejaan negara Thailand kini diubah kepada Tailan, selepas Indonesia mengumumkan penyelarasan baharu ejaan rasmi bagi 10 nama negara.

Sementara itu, Cabo Verde diubah kepada Tanjung Hijau. Negara Djibouti pula ditukarkan kepada Jibuti.

Kyrgyzstan kini menjadi Kirgistan, Liechtenstein pula diubah dengan ejaan Liktenstin.

Paraguay ditukar menjadi Paraguai, Slovakia menjadi Slowakia, Slovenia diubah menjadi Slowenia, Seychelles pula ejaannya menjadi Seisel dan Sierra Leone kini disebut sebagai Siera Lioni.

Menurut pihak berkuasa Indonesia, ia sebagai sebahagian daripada usaha standardisasi penamaan geografi berasaskan kaedah bahasa Indonesia dan senarai eksonim yang dikemukakan negara itu kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Penyeragaman ejaan ini dikatakan penting bagi mengukuhkan kedudukan bahasa Indonesia sebagai bahasa yang mempunyai sistem penamaan tersendiri dalam arena antarabangsa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker