Malaysia

Sendiri ajak gaduh, sendiri tumbang, polis cari dua lelaki bergaduh di Kajang  

Polis sedang mengesan dua lelaki yang terbabit dalam pergaduhan di sebuah stesen minyak di Taman Sungai Chua, Kajang, selepas video kejadian tular.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, insiden dipercayai berlaku tengah hari Ahad dan menyebabkan seorang lelaki cedera.

Laporan polis diterima pada malam sama, namun kedua-dua individu terlibat masih belum tampil membuat laporan.

Punca kejadian masih disiasat dan kes dibuka di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh di tempat awam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis Kajang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker