Malaysia

Lori bergerak sendiri, rempuh 5 kereta di Kajang

Sebuah lori yang diparkir di bahu jalan berhampiran Persiaran Damai Perdana, Kajang, bergerak sendiri sebelum merempuh lima kereta, menyebabkan semua kenderaan terbabit rosak.

Kejadian dilaporkan kepada polis kira-kira jam 12.45 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Nazron Abdul Yusof memaklumkan lori itu ditinggalkan pemandunya yang keluar makan di kawasan berhampiran sebelum kenderaan berkenaan bergerak dan melanggar kereta di kiri dan kanan jalan.

Tiada kecederaan dilaporkan melibatkan pemandu atau penumpang. Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda antara RM5,000 hingga RM10,000 serta penjara sehingga setahun.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker