Video tular: Lelaki dera anak tiri dicekup, didakwa di mahkamah 26 Dis lepas – Polis

Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai mendera anak tirinya dalam kejadian di sebuah kediaman di Setapak, Kuala Lumpur.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa yang berusia 27 tahun pada 19 Disember 2025 selepas melihat beberapa rakaman menunjukkan penderaan fizikal dan mental terhadap anaknya.
Bertindak atas laporan itu, polis menahan suspek berusia 32 tahun pada keesokan hari.
Lelaki berkenaan yang juga suami pengadu dan ayah tiri mangsa kemudian didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada 26 Disember 2025 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Tindakan suspek terbongkar selepas rakaman video berdurasi dua minit tular di media sosial memaparkan lelaki itu memukul, menendang serta mengarahkan kanak-kanak terbabit berlari berulang kali.




