Dunia

Lif Tokyo Skytree rosak: 20 sangkut dalam lif lebih lima jam

Seramai 20 orang terperangkap lebih lima jam di dalam sebuah lif di menara Tokyo Skytree yang rosak pada malam Ahad.

Para penumpang, termasuk kanak-kanak, terkandas apabila lif itu berhenti secara tiba-tiba kira-kira 30 meter di atas paras jalan raya.

Menurut syarikat Tobu Tower Skytree, dua lif berhenti sekitar jam 8.15 malam semasa berada di antara pintu masuk di tingkat empat dengan dek pemerhatian setinggi 350 meter.

Pihak berkuasa membuat kerja menyelamat dengan sebuah lif bersebelahan dengan lif yang terkandas diletakkan pada ketinggian sama dan mengambil masa sehingga jam 2 pagi.

Tobu Tower Skytree memohon maaf atas kejadian itu dan pemegang tiket awal untuk 23 Februari, cuti umum, akan menerima pembayaran balik.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker