HiburanMalaysia

Lagu berhantu ‘Cinta Tersimpul Rapi’ janaan AI, diturunkan selepas isu hak cipta

Ramai mungkin tidak menyedari bahawa versi groovy pop lagu Cinta Tersimpul Rapi yang tular di media sosial dan sempat mendahului carta iTunes Malaysia sebenarnya adalah hasil janaan kecerdasan buatan (AI).

Lagu tersebut dimuat naik oleh pencipta kandungan AI dikenali sebagai Jane In Heaven, namun terpaksa diturunkan susulan isu hak cipta kerana menggunakan karya asal tanpa kebenaran.

Versi AI itu sebelum ini meraih jutaan tontonan di YouTube sejak dimuat naik pada Disember lalu dan menjadi fenomena di TikTok, sekali gus mengembalikan populariti lagu berkenaan dalam kalangan generasi baharu.

Untuk rekod, lagu asal Cinta Tersimpul Rapi dinyanyikan oleh Anis Suraya, dicipta komposer Azmeer dengan lirik oleh Lukhman S dan dilancarkan pada 1999.

Jane In Heaven mengakui kesilapan tersebut dan memaklumkan akan lebih berhati-hati selepas ini, selain menyatakan sokongan terhadap industri muzik tempatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker